Dilarang peluk pemain lawan - Utusan Malaysia

Dilarang peluk pemain lawan

MASON Mount (kanan) berpelukan dengan Billy Gilmour sejurus tamat perlawanan England menentang Scotland, Sabtu lalu. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jurulatih England, Gareth Southgate mengarahkan pemainnya agar tidak menyentuh pemain lawan secara sengaja, terutama memeluk rakan-rakan sekelab sepanjang Euro 2020 bagi mengelak jangkitan Covid-19.

Skuad Three Lions berisiko kehilangan khidmat Mason Mount dan Ben Chilwell apabila menentang Republik Czech dalam aksi terakhir Kumpulan D pagi esok selepas kedua-dua pemain Chelsea itu berpelukan dengan bintang tengah Scotland, Billy Gilmour yang disahkan positif.

Sebagai kontrak rapat Gilmour, mereka sepatutnya dikuarantin untuk tempoh 10 hari ini, namun nasib Mount dan Chilwell akan diketahui beberapa jam sebelum perlawanan.

“Saya tidak fikir pemain perlu diingatkan kerana mereka sepatutnya faham situasi itu, namun selepas apa yang berlaku, saya harus mengarahkan mereka (tidak menyentuh pemain lawan secara sengaja),” kata Southgate.

Kedua-dua bintang Three Lions itu melanggar protokol dengan memeluk rakan sepasukan mereka di Chelsea, Gilmour selepas tamat perlawanan, Sabtu lalu sebelum berbual menuju ke terowong.

Kata Southgate, situasi seperti itu tidak dibenarkan berlaku lagi sepanjang Euro 2020.

“Anda boleh lihat ia berlaku dalam setiap perlawanan bukan saja melibatkan pasukan kami. Apa yang terjadi perlu dijadikan pengajaran. Kami menanggung risiko terlepas perlawanan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya