Dilapor hilang di gunung, rupanya tidur di stor - Utusan Malaysia

Dilapor hilang di gunung, rupanya tidur di stor

SEORANG lelaki yang dilaporkan hilang di Gunung Datuk, Rembau ditemukan tidur di atas sofa dan menyorok di dalam sebuah almari di dewan terbuka di kaki gunung tersebut. - UTUSANM/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Gunung Datuk, dekat sini ditemukan tidur di atas sofa panjang di sebuah bilik stor dewan terbuka di kaki gunung tersebut kira-kira pukul 4.50 petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Penolong Penguasa Bomba, Mohd. Arif Ahmad Osasi berkata, lelaki berusia 21 tahun itu ditemukan oleh dua orang anggota bomba yang mahu menunaikan solat Asar selepas menyertai operasi mencari lelaki berkenaan.

Tambahnya, lelaki tersebut bagaimanapun didapati hilang dan usaha mencarinya di kawasan tersebut menemukannya menyorok di dalam sebuah almari.

“Kami terima maklumat mengenai kehilangan lelaki itu pada pukul 1.50 petang dan tiba di lokasi pada pukul 2.08 petang. Polis dan bomba sudah melakukan pemeriksaan di dalam bilik stor dan almari berkenaan sebelum memulakan pencarian di gunung namun tidak menemukannya.

“Lelaki itu baharu dua bulan tamat belajar peringkat diploma di sebuah universiti awam kini dihantar ke Hospital Rembau oleh pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia untuk rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Pemangku Deputi Superintenden, Hazri Mohamad berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai kehilangan lelaki itu setelah menerima laporan polis daripada ibunya di Balai Polis Chembong kira-kira pukul 11.23 pagi.

Menurutnya, berdasarkan maklumat awal yang diterima daripada ibu lelaki itu, dia menyedari anaknya tiada di rumah bersama motosikal jenis kira-kira pukul 6 pagi tadi.

“Wanita itu cuba menghubungi anaknya namun gagal lalu bertindak mencari sehingga ke kaki Gunung Datuk dan telah menjumpai motosikal anaknya itu di lokasi berkenaan.

“Lelaki itu selamat ditemukan dan diserahkan kepada keluarganya untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya