JAKARTA: Berita mengenai pelakon, Azad Jasmin, menyeru orang ramai yang melalui kawasan Shah Alam agar dapat membantu seorang remaja menjual burger dalam hujan mendapat liputan portal Detik, Indonesia.
Melalui ruangan detikfood, portal berita itu melaporkan, kisah serupa juga banyak berlaku di Indonesia sebelum ini.
Menurut detikfood, sebelumnya pernah tular di media sosial dua orang kanak-kanak menjual kuih ketika hujan.
Walaupun hujan lebat, dua kanak-kanak tersebut masih bersemangat memastikan jualan kuih laku.
Kisah Azad yang dipetik detikfood menceritakan, di tengah-tengah penularan Covid-19 ini, banyak orang berjuang mencari nafkah untuk diri dan keluarga.
Menurut detikfood, ini kerana Covid-19 tidak hanya memberi kesan kepada kesihatan, tetapi juga ekonomi masyarakat.
Namun perkara itu tidak membuat penjual burger terbabit menjadi putus asa dan tetap gigih berjualan.