AMSTERDAM: Kira-kira 99 peratus dunia kini dikatakan memberi sokongan kepada Denmark berbanding Wales menjelang 16 perlawanan akhir Euro 2020 di Amsterdam hujung minggu ini dakwa pemain tengahnya, Connor Roberts.
Denmark mempunyai kelebihan apabila kapten pasukannya, Christian Eriksen sebelum ini mencuri tumpuan berikutan rebah ketika perlawanan dan kini sembuh daripada serangan jantung.
Walaupun, Wales dianggap sebagai pasukan underdogs dalam perlawanan ini, Roberts yang juga pemain Swansea cuba berlaku bersikap tidak berat sebelah terhadap Denmark.
“Ia akan menjadi perlawanan yang sangat mencabar, tetapi kami berharap menang. Saya fikir 99 peratus dunia sekarang sedang menyokong Denmark.
“Mereka adalah pasukan yang baik dan mereka mempunyai banyak sokongan, tetapi bila rentas sahaja garisan putih kami perlu bersungguh-sungguh,” katanya.
Denmark dikagumi ramai kerana belas ehsan dan ketahanannya dalam pembukaan perlawanan ketika menentang Finland yang mana diselubungi berita buruk menimpa Eriksen sewaktu beraksi.
Pasukan itu kemudian mula mendapat suntikan semangat apabila Eriksen dilapor dibenarkan keluar daripada hospital menyebabkan Denmark mampu membenam Rusia 4-1 dalam perlawanan penuh emosi pada Isnin lepas untuk menduduki tangga kedua dalam Kumpulan B.
“Susah hendak membayangkan apa yang mereka lalui sepanjang empat minggu lalu. Kami banyak fikirkan tentang Eriksen,” kata jurulatih Denmark, Kasper Hjulmand. – AGENSI