AMSTERDAM: Matthijs de Ligt kembali dalam kesebelasan utama Belanda dalam aksi kedua Euro 2020 menentang Austria, hari ini.
Dia sebelum ini terlepas aksi pertama ekoran kecederaan pangkal paha.
Kehadiran semula pertahanan tengah Juventus itu memberikan perangsang kepada skuad kendalian Frank de Boer yang beraksi tanpa kelibat Virgil van Dijk yang mengalami kecederaan lutut serius semasa beraksi bersama Liverpool.
De Ligt akan masuk menggantikan Jurrien Timber yang merupakan satu-satunya perubahan yang dilakukan De Boer dalam aksi yang berlangsung di Arena Johan Cruyff.
Satu lagi kemenangan akan menyaksikan Belanda mara ke saingan kalah mati dengan The Oranje akan menjadi juara kumpulan.-AFP