De Bruyne julang Belgium - Utusan Malaysia

De Bruyne julang Belgium

Kevin De Bruyne menjadi wira Belgium dengan membawa pasukan itu ke saingan kalah mati Euro 2020 dengan menewaskan Denmark.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COPENHAGEN: Kevin De Bruyne menjadi wira Belgium apabila meledak gol kemenangan bagi membolehkan Belgium melangkah ke saingan kalah mati dengan menundukkan Denmark, 2-1 dalam aksi Euro 2020.

Dalam aksi di Parken Park itu, kesemua pemain dan penyokong memberikan aksi terbaik dalam menunjukkan sokongan mereka kepada Christian Eriksen.

Perlawanan itu bagaimanapun dihentikan pada minit ke-10 selama seminit bagi memberi peluang kepada pemain dan penyokong memberi penghormatan kepada Eriksen.

Pemain tengah Denmark berusia 29 tahun itu kini dirawat di hospital berhampiran selepas mengalami jantung terhenti dan rebah di padang pada perlawanan Kumpulan B menentang Finland, Sabtu lalu.

Yussuf Poulsen memberikan harapan kepada tuan rumah menerusi gol pada minit kedua, tetapi De Bruyne masuk pada separuh masa kedua yang juga penampilan pertamanya di kejohanan ini akibat kecederaan.

Pemain tengah Manchester City itu melorongkan bola untuk Thorgan Hazard menjaringkan gol penyamaan sebelum dia merembat tepat dengan kaki kiri untuk gol kedua Belgium.-AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya