De Bruyne hormati penyokong Denmark - Utusan Malaysia

De Bruyne hormati penyokong Denmark

Kevin de Bruyne meledak jaringan kemenangan untuk membawa Belgium ke saingan kalah mati Euro 2020 selepas menewaskan Denmark 2-1.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COPENHAGEN: Kevin De Bruyne meledak jaringan kemenangan ketika Belgium menewaskan Denmark 2-1 untuk mara ke saingan kalah mati Euro 2020 dengan penyokong serta pemain memberikan sokongan kepada Christian Eriksen di Parken Park.

De Bruyne meraih satu jaringan dan satu bantuan jaringan dalam aksi babak kedua sebagai pemain gantian buat skuad kendalian Roberto Martinez.

“Kami sangat gembira. Kami tahu keadaan akan menjadi sukar kerana berdepan penyokong mereka terutama selepas apa yang berlaku sebelum ini,” kata De Bruyne.

Perlawanan itu bagaimanapun dihentikan pada minit ke-10 selama seminit bagi memberi peluang kepada pemain dan penyokong memberi penghormatan kepada Eriksen.

Pemain tengah Denmark berusia 29 tahun itu kini dirawat di hospital berhampiran selepas mengalami jantung terhenti dan rebah di padang pada perlawanan Kumpulan B menentang Finland, Sabtu lalu.

Yussuf Poulsen memberikan harapan kepada tuan rumah menerusi gol pada minit kedua, tetapi De Bruyne masuk pada separuh masa kedua yang juga penampilan pertamanya di kejohanan ini akibat kecederaan.

Pemain tengah Manchester City itu melorongkan bola untuk Thorgan Hazard menjaringkan gol penyamaan sebelum dia merembat tepat dengan kaki kiri untuk gol kedua Belgium.

“Saya tidak mahu meraikan gol saya. Saya terlalu menghormati penyokong Denmark,” kata De Bruyne.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya