De Boer dalam dilema tentukan gandingan dengan Depay

De Boer dalam dilema tentukan gandingan Depay

MEMPHIS DEPAY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUDAPEST: Aksi cemerlang Donyell Malen bersama Belanda dalam aksi peringkat kumpulan ketika menentang Macedonia Utara mencetuskan persoalan sama ada penyerang PSV Eindhoven itu akan bergandingan dengan Memphis Depay dalam 16 perlawanan akhir.

Skuad The Oranje menang semua perlawanan dalam Kumpulan C bersama penyerang Wolfsburg, Wout Weghorst yang memulakan kempen menerusi dua perlawanan menentang Ukraine dan Austria sebelum Malen dibenarkan beraksi menentang Macedonia Utara.

Republik Czech bakal menjadi saingan skuad kendalian Frank De Boer dalam aksi pertama pe­ringkat kalah mati, bagaimanapun jurulatih Belanda itu belum menentukan pemain yang akan bersama dengan Depay di bahagian serangan.

DONYELL MALEN

Walaupun tidak menyumbat gol ketika menentang Macedonia Utara, Malen bagaimanapun menyumbang tiga gol untuk pasukannya dan menyertai posisi serangan Barcelona selepas menandatangani kontrak bersa­ma kelab itu.

Kedua-dua penyerang itu memberi saingan kepada pertahanan lawan dengan kerap kali bertukar posisi ketika perlawanan.

Malen dibenarkan beraksi da­lam Euro bersama Belanda selepas berpenampilan cemerlang sepanjang musim bersama PSV dengan meledak 27 gol dalam semua perlawanan, manakala Weghorst pula mencatat rekod 20 gol dalam Bundesliga.

“Saya selalu mula dengan Malen dalam babak kedua, bukan dengan Weghorst. Menerusi aksi duo Malen-Depay, kepelbagaian aksi ada dalam pasukan dan itu boleh dilihat ketika menentang Macedonia Utara.

“Jika Depay diletakkan di posisi hadapan, Malen pula di bahagian sayap. Pertahanan Belanda menjadi mudah untuk ditembusi berbanding dua perlawanan sebelum ini,” kata bekas penyerang The Oranje, Roy Makaay.

Dengan keadaan penyerang, Luuk De Jong yang cedera, Weghorst berjaya meledak gawang dalam perlawanan permulaan Belanda, sementara Malen pula bantu untuk menjaringkan dua lagi gol ketika menentang Mace­donia Utara. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya