PETALING JAYA: Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, meluahkan rasa sedih dan rindu untuk kembali bebas semula seperti sedia kala sebelum negara dilanda wabak pandemik Covid-19.
Menerusi perkongsian di entri Instagram Aliff, dia juga meluahkan rasa gembira jika hasratnya hanya dapat membeli belah di Pavillion Kuala Lumpur, walaupun tidak dapat melancong ke luar negara.
Tambahnya lagi, dia mendakwa sudah tidak sanggup untuk menunggu semua sektor kembali beroperasi yang dijangka pada hujung tahun ini.
“Bila boleh bebas macam dulu. Tidak dapat pergi luar negara, dapat membeli belah pun saya sudah gembira.
“Ini rumah saya dekat pusat beli belah ternama, nak pergi ke sana pun tutup. Rasa tak sanggup nak tunggu bulan Oktober, lamanya. Kenapa boleh jadi macam ini Malaysia?” luahnya.
Menerusi tinjauan di komen tersebut, rata-rata warganet meminta supaya Aliff bersabar untuk merealisasikan hasratnya tersebut.
“Orang dekat Palestin nak fikir enjoy pun tak boleh Datuk. Rileks sahaja, rumah dah besar, pergilah main lari-lari dalam rumah,” tulisnya.