DAP sanggah cadangan Wan Saiful - Utusan Malaysia

DAP sanggah cadangan Wan Saiful

SHEIKH UMAR BAGHARIB ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kenyataan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan yang mahu kerajaan menetapkan tarikh tutup pendaftaran vaksin dilihat sebagai satu tindakan menggertak rakyat dan tidak wajar.

Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, kerajaan seharusnya bertindak sebaliknya iaitu dengan mengambil pendekatan mempermudah urusan rakyat bagi mendapatkan vaksin.

 

WAN SAIFUL WAN JAN

Menurutnya, Wan Saiful seharusnya turun ke lokasi khususnya di kawasan luar bandar bagi melihat sendiri permasalahan dihadapi rakyat.

“Wan Saiful bercakap atas kapasiti apa? Rakyat di kawasan mana yang beliau maksudkan? Jangan menuding jari kepada rakyat, jangan asyik salahkan rakyat. Rakyat di bawah ini ada pelbagai kekangan, namun ramai yang berusaha keras agar dapat divaksin segera. 

“Kerajaan sepatutnya mempermudah, bukan mengambil pendekatan seolah-olah mahu menggertak rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Wan Saiful yang mahu kerajaan menetapkan tarikh tutup pendaftaran vaksin bagi menimbulkan ‘rasa terdesak’ dalam kalangan rakyat untuk berbuat demikian.

Sheikh Umar yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh turut memberitahu, tindakan menetapkan tarikh tamat pendaftaran vaksin untuk menggesa rakyat adalah pendekatan yang tidak terbukti.

“Rakyat bersungguh-sungguh mahu mendapatkan vaksin, kerajaan sepatutnya mengambil pendekatan membawa vaksin kepada mereka, buka lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) misalnya.

“Semalam di Paloh, dalam masa enam jam sahaja 500 dos suntikan diberikan. Itu pun masih ramai yang berharap dapat divaksin tetapi tidak berjaya kerana jumlah vaksin yang terhad. 

“Di samping itu ada yang kecewa kerana isu berkaitan sistem pendaftaran yang bermasalah seperti salah alamat temujanji, pendaftaran bertindih dan sebagainya masih berlaku,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya