DAP Kedah desak DUN segera bersidang - Utusan Malaysia

DAP Kedah desak DUN segera bersidang

TAN KOK YEW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah wajar bersidang dengan segera bagi membolehkan seluruh ahlinya berbincang situasi semasa negeri dalam menghadapi Covid-19 termasuk berkaitan bantuan, program imunisasi dan pelbagai isu berbangkit.

Sehubungan itu, Pengerusi DAP Kedah, Tan Kok Yew berkata, Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor perlu segera memohon menghadap Sultan Kedah bagi mencadangkan tarikh sidang DUN Kedah selaras dengan titah Majlis Raja-Raja dan peruntukan Seksyen 15 (1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

“Pada 16 Jun, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan pandangan bahawa sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

“Seri Paduka dan Majlis Raja-Raja bersepakat antara lain bahawa nyawa dan kehidupan rakyat wajib diutamakan mengatasi perkara-perkara lain dan program vaksinasi hendaklah dipertingkatkan dengan mengurangkan kerenah birokrasi agar mencapai matlamat imuniti kelompok 80 peratus secepat mungkin,“ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kenyataan Menteri Besar bahawa DUN Kedah hanya akan bersidang selepas Parlimen bersidang amatlah malang malah menjurus kepada penderhakaan terhadap titah itu.

“Kita berpendirian DUN Kedah tidak wajar menunggu selesai sidang Parlimen. Kedah boleh menjadi contoh kepada negeri lain malah kepada Kerajaan Persekutuan untuk bersidang lebih awal dengan pematuhan peraturan-peraturan semasa pandemik.

“Keseluruhan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) juga mendapat suntikan vaksin Covid-19, tiada alasan munasabah sidang DUN dilewatkan,” katanya.

Jelasnya, kerajaan negeri khususnya Menteri Besar perlu bertanggungjawab penuh terhadap Sultan Kedah dan seluruh warga Kedah dalam suasana pandemik dengan menjelaskan segala perancangan dan tindakan menghadapi pandemik di dalam DUN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya