Cuba rentas negeri, seorang lelaki dikompaun RM5,000

Cuba rentas negeri, lelaki dikompaun RM5,000

SEORANG anggota polis mengeluarkan kompaun kepada seorang lelaki yang didapati cuba merentas negeri dari Keratong, Pahang ke Bandar Seri Jempol, Jempol, Negeri Sembilan, tengah hari tadi. - IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seorang lelaki dikompaun RM5,000 selepas dikesan cuba merentas negeri dari Keratong, Pahang ke Bandar Sri Jempol dekat sini tanpa mengemukakan sebarang surat kebenaran dalam kejadian di sekatan jalan raya (SJR) Jalan Besar Serting Hilir di sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, lelaki berusia 32 tahun itu memandu sebuah kenderaan jenis Myvi dan ketika melalui pemeriksaan di SJR berkenaan dia memberikan alasan mahu membeli barang keperluan di Bandar Seri Jempol.

Lelaki itu bagaimanapun gagal mengemukakan sebarang surat kebenaran polis atau dokumen berkaitan bagi tujuan merentas negeri dan sehubungan itu dia didapati telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Lelaki berkenaan juga cuba memperdaya pihak polis dengan mengatakan dia tinggal di Felda Serting Hilir. Dia tidak dapat menjawab soalan apabila ditanya secara terperinci maklumat rumah seperti nombor dan blok rumah.

“Dia juga turut memberitahu bahawa dia bekerja di kilang sawit namun semakan ke atas penyelia kilang juga gagal membuktikan dia bekerja di sana,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Chang Hook, kompaun tersebut dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan-peraturan Pencegahan kerana tidak mempunyai surat kebenaran rentas negeri daripada pihak polis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya