Covid-19 terkawal jika kes harian satu digit, tiada kluster baharu seminggu - Utusan Malaysia

Covid-19 terkawal jika kes harian satu digit, tiada kluster baharu seminggu

DR. NOR AZIMI YUNUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Terengganu mampu mengawal Covid-19 jika kes harian menurun kepada satu digit dengan tiada kluster baharu direkodkan dalam tempoh seminggu.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Nor Azimi Yunus berkata, walaupun bilangan kes harian menurun kepada 12 kes pada Ahad lalu, yang merupakan terendah dalam gelombang kali ini, namun Terengganu belum menang dalam memerangi Covid-19.

Katanya, dua kluster baharu di negeri ini iaitu Kluster Beladau Selat dan Kluster Tanjung Ketum dari Mukim Serada masih berkisar kepada jangkitan dalam keluarga dan menular kepada rakan sekerja dan kontak sosial.

Jangkitan dalam keluarga masih berlaku seolah-olah ada pertemuan sesama mereka sedangkan berkali-kali kita sudah berpesan tangguh dahulu aktiviti keluarga.

“Elak berhimpun kerana virus Covid-19 sangat suka situasi itu dan jika penularan masih berlaku di tempat kerja, itu bermaksud pematuhan di lokasi berkenaan kurang atau tiada,” katanya dalam hantaran di laman Facebook. 

Nor Azimi berkata, Kluster Tanjung Ketum menyebabkan seramai 50 individu termasuk generasi kelima positif Covid-19 dengan seramai 668 orang disaring manakala Kluster Beladau Selat pula 25 kes positif.

Sehingga semalam, sebanyak 449 kes positif Covid-19 direkodkan di negeri ini dengan jumlah tertinggi di Kuala Terengganu, Kemaman dan Marang. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya