Covid-19 Pahang: 1 kluster baharu, 3 kematian - Utusan Malaysia

Covid-19 Pahang: 1 kluster baharu, 3 kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh DIANA SURYA ABD WAHAB/pix
[email protected]

KUANTAN: Satu kluster baharu direkodkan di negeri ini hari ini iaitu Kluster Jaya Gading yang mana jangkitan positif Covid-19 dikesan melibatkan tempat kerja dan komuniti.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Bahari Che Awang Ngah berkata, kes indeks bagi kluster itu merupakan seorang lelaki berusia 20 tahun dan tinggal di Kampung Sri Damai di sini serta disahkan positif Covid-19 pada 25 Mei lalu hasil saringan kontak rapat.

“Seramai 466 individu disaring dalam kluster ini dan 53 kes dikesan positif Covid-19,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Keseluruhannya, terdapat 33 kluster di negeri ini dan setakat ini hanya 15 kluster aktif yang masih mencatatkan pertambahan kes baharu sehingga menjadikan jumlah keseluruhan kes disahkan positif Covid-19 mencecah 10,726 kes.

Dr. Bahari berkata, sebanyak 155 kes baru yang didaftarkan hari ini membabitkan 91 kes merupakan warganegara Malaysia, manakala 64 kes adalah warganegara asing.

“Sebanyak 122 kes merupakan jangkitan tempatan, tiga kes merupakan jangkitan Import B (tiga kes dari Perak) dan 30 kes Tahanan DTI.

“Sementara itu, 63 kes diperoleh daripada saringan kluster, 65 saringan kontak rapat, 12 saringan bergejala, lima saringan bersasar dan 10 saringan pekerjaan.

“Kesemua daerah mencatatkan pertambahan kes dengan Bera mendahului iaitu 45 kes diikuti Kuantan 44 kes dan Bentong 43 kes manakala lain-lain daerah iaitu Maran lima kes, Raub empat kes, Temerloh, Pekan dan Romping hanya tiga kes, Lipis dan Cameron Highlands terdapat dua kes serta Jerantut satu kes,” katanya.

Tambah beliau, terdapat tiga kes kematian baharu di negeri ini hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian meningkat kepada 67 kes.

“Kes kematian ke-74 dari Taman Permatang Syahbandar, Jengka, Maran dan ke-75 dari Jalan Seri Kemunting, Tanah Putih, dekat sini, masing-masing merupakan lelaki berusia 60 tahun serta 59 tahun.

“Kes ke-76 juga merupakan seorang lelaki warga emas berusia 81 tahun berasal dari Kampung Baru Kemayan, Bera,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya