Covid-19: Itali catat 40 kematian, 838 kes baharu - Utusan Malaysia

Covid-19: Itali catat 40 kematian, 838 kes baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM: Itali melaporkan sebanyak 40 kes kematian akibat wabak Covid-19 di negara itu, semalam.

Lapor Reuters, Kementerian Kesihatan Itali memaklumkan jumlah itu rendah berbanding 56 kematian yang dicatatkan sehari sebelumnya.

Menurut kementerian kesihatan, sebanyak 20 kematian yang dilaporkan semalam merupakan kes sebelumnya selepas pengiraan semula dilakukan di wilayah selatan Campania.

Setakat ini, negara itu merekodkan 127,458 kematian Covid-19 sejak penularan pandemik itu pada Februari tahun lalu.

Itali menjadi negara kedua yang merekodkan kes kematian Covid-19 tertinggi di Eropah, dengan mengatasi Britain.

Semalam, jumlah kes baharu Covid-19 di Itali meningkat kepada 838 kes berbanding 753 kes jangkitan yang dilaporkan.

Dalam pada itu, menurut kementerian kesihatan, bilangan pesakit Covid-19 di hospital tanpa ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) setakat Sabtu adalah sebanyak 1,771 orang iaitu menurun berbanding 1,899 orang sehari sebelumnya.

Katanya, terdapat sembilan kes kemasukan baharu ke ICU daripada jumlah lapan kes dilaporkan pada Jumaat.

Jelas kementerian, jumlah pesakit Covid-19 yang menerima rawatan di ICU menurun daripada 306 kepada 298.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya