Covid-19: 15 jemaah masjid meninggal dunia dalam tempoh dua minggu - Utusan Malaysia

Covid-19: 15 jemaah masjid meninggal dunia dalam tempoh dua minggu

TANGKAP layar video memaparkan wajah-wajah jemaah masjid di Taman Mahsuri, Jitra yang meninggal dunia selepas positif Covid-19 tular di media sosial, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seramai 15 jemaah masjid di Taman Mahsuri, Jitra dekat sini yang positif Covid-19 meninggal dunia dalam tempoh dua minggu lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman berkata, maklumat berhubung perkara itu diterima beliau daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah.

“Covid-19 dikesan mula menjangkiti jemaah masjid terbabit sejak Mei lalu hingga tercetusnya kluster Dah Mahsuri yang membawa kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 18 Mei lalu.

“Dalam tempoh dua minggu lalu, saya difahamkan seramai 15 orang yang meninggal dunia,” katanya di sini, hari ini.

Baru-baru ini tular video memaparkan wajah-wajah jemaah masjid tersebut yang meninggal dunia di media sosial.

Video berdurasi 32 saat itu meruntun perasaan banyak pihak yang bersimpati terhadap nasib individu terlibat.

Mengulas lanjut Mohd. Hayati berkata, keadaan jelas menunjukkan betapa Covid-19 amat berbahaya hingga mampu meragut banyak nyawa dalam masa singkat.

“Semoga pandemik ini cepat berlalu. Kita juga berharap agar orang ramai dapat terus mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin bagi membentuk imuniti berkelompok,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya