LONDON: Dua tahun selepas Kinsey Wolanski menjadi tular dalam media sosial gara-gara menceroboh ke padang dalam aksi Liga Juara-Juara, Maria Shumilina meniru perbuatan ‘idolanya’ demi meraih populariti di Instagram.
Gadis cantik dari Rusia itu membuatkan perlawanan Belgium menentang Finland di Stadium Krestovsky, Saint Petersburg pada 22 Jun lalu terhenti seketika apabila dia dengan berani berlari ke tengah padang.
Selepas menjalankan siasatan, polis mensyaki perbuatan Shumilina mungkin didalangi oleh seorang pekerja penaja kejohanan, Heineken.
Tindakan Shumilina selama 15 minit menyebabkan dia berdepan larangan untuk menonton seluruh baki perlawanan Euro 2020, namun gadis berusia 20 tahun itu tampak tidak kisah.
Dia sebaliknya membuat naik gambarnya diiringi keluar oleh petugas keselamatan dalam Instagram dengan kapsyen: “Ooops minta maaf.” Shumilina juga meminta pengikutnya meletakkan tanda pagar #Girl with Euro dalam InstaStory mereka sambil diiringi dengan emoji hati.