Busquets kembali sertai skuad Sepanyol - Utusan Malaysia

Busquets kembali sertai skuad Sepanyol

Sergio Busquets akan kembali menyertai skuad Sepanyol selepas disahkan bebas Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Kapten Sepanyol, Sergio Busquets akan kembali menyertai skuad kebangsaan bagi menghadapi perlawanan kedua Euro 2020 menentang Poland selepas disahkan bebas Covid-19.

Busquets dibenar menyertai skuad kebangsaan seperti disahkan Persekutuan Bolasepak Sepanyol selepas ujian pengesanan Covid-19 didapati negatif.

Pemain tengah itu melakukan pengasingan sendiri di rumah selepas didapati positif pada 6 Jun justeru tidak berlatih selama 12 hari.

Busquets tampak akan bermain buat Sepanyol pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan berdepan Slovakia Rabu depan.

“Kapten pasukan kebangsaan, Sergio Busquets, akan menyertai skuad Sepanyol dan akan ke Seville selepas sembuh daripada Covid-19,” kata persekutuan itu hari ini.

Kepulangan Busquets akan meningkatkan semangat Sepanyol yang memulakan kempen kali ini dengan aksi mengecewakan selepas terikat seri tanpa jaringan dengan Sweden dalam aksi pembukaan.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya