Buruh didakwa lakukan amang seksual terhadap anak tiri - Utusan Malaysia

Buruh didakwa lakukan amang seksual terhadap anak tiri

SEORANG buruh warga Indonesia dibawa keluar selepas didakwa atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak tirinya di Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu, Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang buruh warga Indonesia didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak tirinya yang berusia 10 tahun, kira-kira empat tahun lalu.

Tertuduh berusia 53 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, lelaki itu didakwa memasukkan jari, menghisap dan menyentuh kemaluan kanak-kanak berkenaan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Kampung Wakaf Mempelam di sini, kira-kira pukul 8 malam antara 1 September hingga 1 November 2017.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin mengikut Seksyen 14(a) dan Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 25 Julai ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya