Buka Parlimen undang risiko kluster Covid-19 - Hamzah

Buka Parlimen undang risiko kluster Covid-19

HAMZAH ZAINUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin menempelak cadangan sesetengah ahli Parlimen terutamanya pembangkang yang mahu Parlimen bersidang dengan segera.

Beliau menyifatkan, Parlimen bukanlah tempat yang selamat ketika ini kerana persidangan akan melibatkan lebih 1,000 individu dalam satu-satu masa.

“Biasanya, dalam empat hari berturut-turut bersidang di Parlimen, berapa ramai orang ada di Parlimen? Pertama, ahli-ahli Parlimen. Kedua, pegawai ahli-ahli Parlimen. Ketiga, pegawai kerajaan. Keempat, pegawai kakitangan Parlimen. Kelima, kakitangan kafeteria, pemandu dan lain-lain.

“Ini melebihi 1,000 orang. Kalau mereka ini duduk dari pagi sampai petang, ini akan menjadi hotspot Covid-19. Kalau kita kawal sekarang ini, tidak adalah kluster,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hamzah bagaimanapun terbuka untuk mengadakan sidang Parlimen, tetapi ia mesti berdasarkan yang membolehkan Parlimen bersidang dalam keadaan selamat.

“Mesti ada kajian betul, jangan ikut perasaan, ini yang jadi masalah kepada kita. Yang penting semua dapat vaksin dan apabila dapat imuniti kelompok apa yang akan berlaku adalah pembukaan Parlimen, boleh buat perjumpaan boleh buat sidang Parlimen,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya