“Buat baiklah dengan ibu bapa”- Ummi Nazeera - Utusan Malaysia

“Buat baiklah dengan ibu bapa”- Ummi Nazeera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Berbuat baiklah pada ibu, ibu dan ibu. Kemudian bapamu,”.

Demikian kata pelakon Ummi Nazeera dalam perkongsiannya di Instagram (IG) miliknya, mengenai kehamilan anak kedua apabila dia mengalami masalah uri di bawah sama seperti ketika mengandungkan anak sulungnya, Ayra Aneesah, tiga tahun lalu.

“Bersalin tak mudah dan perjalanan itu tidak terhenti sebaik melahirkan bayi. Syukur Alhamdulillah untuk segalanya. Saya berterima kasih kepada doktor saya, Dalia yang sungguh positif sepanjang tempoh kehamilan saya.

“Sebenarnya ketika kandungan saya berusia empat bulan, saya mengalami pendarahan. Kes sama seperti Ayra, masalah uri di bawah rahim. Cuma terlalu awal untuk dikatakan begitu. Bila masa dengan Ayra ketika dia berusia enam bulan ke atas. Adik Ayra pula awal, empat bulan,” ujarnya.

Dalam perkongsian sama, Ummi memaklumkan dia juga mengambil tempoh berehat untuk sementara waktu daripada berlakon bagi menjalani proses berpantang.

Meskipun ketika kehamilan mengalami pendarahan, pelakon Patahnya Sebelah Sayap 2 itu selamat melahirkan bayi seberat 3.32 kilogram (kg) dan bersalin secara normal pada 2 Jun lalu di sebuah pusat perubatan di Seri Kembangan, Selangor.

Untuk rekod, Ummi dan suami, Dr. Mohd Izzar Anwari Abdul Khani berkahwin pada 23 Julai 2017 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Ayra Aneesah pada 22 Ogos 2018.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya