Buang bayi: Pasangan kekasih ditahan - Utusan Malaysia

Buang bayi: Pasangan kekasih ditahan

MOHD. SAID IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Polis menahan sepasang kekasih bagi membantu siasatan berhubung penemuan bayi perempuan berusia dua hari di pondok bas berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Sri Sendayan di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, pasangan kekasih itu, masing-masing berusia 26 serta 23 tahun, ditahan pada pukul 7.30 petang semalam di Garden Avenue Seremban 2 di sini.

“Kedua-duanya ditahan bagi membantu siasatan berdasarkan maklumat dan siasatan yang diperoleh. Kedua-dua mereka akan direman dan kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Mohd. Said, siasatan lanjut akan diteruskan dan pihak polis berharap kejadian sama tidak berulang.

“Saya menyeru golongan muda supaya mempunyai kesedaran yang tinggi risiko hubungan seks luar nikah dan hukuman yang akan diterima jika disabitkan kesalahan,” katanya.

Semalam Utusan Online melaporkan seorang bayi perempuan berusia dua hari dan masih hidup ditemukan dalam kotak di sebuah pondok bas berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Sri Sendayan.

Difahamkan bayi berkenaan ditemukan oleh seorang wanita berusia 50-an yang kebetulan menunggu di pondok bas tersebut kira-kira pukul 11.30 pagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya