PARIS: Pelumba Mercedes, Valtteri Bottas mencatat masa terpantas semasa sesi latihan bebas pertama Grand Prix Perancis dekat Litar Paul Ricard di Le Castellet, hari ini.
Pelumba Finland itu mencatat 0.335 saat (s) lebih pantas berbanding rakan sepasukannya Lewis Hamilton ketika pemandu Red Bull, Max Verstappen ketinggalan 0.007s di belakang.
Pelumba Belanda itu mendahului empat mata ke atas Hamilton dalam kejuaraan selepas enam perlumbaan.
Seorang lagi pelumba Red Bull, Sergio Perez, berada di kedudukan empat terpantas dengan Esteban Ocon yang baharu sahaja melanjutkan kontrak bersama Alpine sehingga 2024 di tempat kelima.
Sebastien Vettel terbabas bersama Aston Martin tetapi dia berjaya meneruskan pemanduan ke pit sementara Bottas dan Mick Schumacher dari pasukan Haas mengalami kerosakan kenderaan.-AFP