Bot nelayan gaji kru warga asing ditahan  - Utusan Malaysia

Bot nelayan gaji kru warga asing ditahan 

TEKONG dan kru nelayan warga asing yang menangkap ikan menggunakan bot nelayan tempatan ditahan di kedudukan 4.0 batu nautika barat Kuala Muda Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri menahan sebuah bot nelayan tempatan yang disyaki mengupah kru warga asing tanpa kebenaran di kedudukan 4.0 batu nautika barat Kuala Muda Pulau Pinang, kira-kira pukul 11.45 pagi semalam. 

Pengarah Maritim negeri, Kapten Maritim Abdul Razak Mohamed berkata, bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan rutin Op Benteng/OP Pertiwi itu mengesan bot terbabit dalam keadaan mencurigakan dan sedang melakukan aktiviti menangkap ikan. 

Menurut beliau, hasil pemeriksaan mendapati bot itu dikendalikan tekong bersama tiga kru warga tempatan sementara dua lagi kru merupakan warga Myanmar pemegang kad UNHCR berumur antara 21 hingga 32 tahun. 

“Bot terbabit kemudian ditahan  kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu menggajikan warga asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Menurut Abdul Razak, bot itu dan kesemua kru termasuk tekong ditahan dan dibawa masuk ke Jeti Polis Marin di Batu Uban dan untuk tindakan lanjut. 

Dalam pada itu, beliau menyeru orang ramai untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat dan melaporkan sebarang aktiviti kesalahan di laut  dengan menghubungi talian 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang 04-2626146. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya