Bicara kes rasuah Bung Moktar, Zizie Izette 26 Julai - Utusan Malaysia

Bicara kes rasuah Bung Moktar, Zizie Izette 26 Julai

BUNG Moktar dan Zizie Izette berdepan pertuduhan rasuah. - UTUSAN/MOHD. FARIZWAN HASBULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan perbicaraan kes rasuah Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette A. Samad bersambung selama lima hari bermula 26 Julai ini.

Perbicaraan yang sepatutnya didengar di hadapan Hakim Rozina Ayob semalam, ditangguhkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dijadualkan sehingga 28 Jun ini.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sophian Zakaria memberitahu pihak media, perkara tersebut dimaklumkan oleh mahkamah menerusi e-mel kepada kedua-dua pihak sebelum ini.

Jelasnya, mahkamah menetapkan tarikh baharu selama lima hari bermula 26 hingga 30 Julai ini untuk menyambung keterangan saksi pendakwaan ke-19 iaitu bekas Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan) Kementerian Kewangan, Datuk Seri Dr. Mohmad Isa Hussain.

Kes itu sebelum ini ditetapkan untuk sambung bicara selama tiga hari bermula semalam.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar, 62, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung Moktar, iaitu Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra pada ketika itu, dituduh menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual, Madhi Abdul Hamid, 38, menerusi isterinya Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu juga mengaku tidak bersalah menerima suapan wang tunai untuk dirinya sebanyak RM335,500 daripada seorang lagi ejen pelaburan Public Mutual, Norlaili Ahmad Mokhtar, 42, di bawah nama Zizie Izette atas sebab yang sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015.

Zizie Izette pula mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya