Berita buruk buat Harimau Malaya, UAE benar penonton masuk stadium - Utusan Malaysia

Berita buruk buat Harimau Malaya, UAE benar penonton masuk stadium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perkara paling dibimbangi Harimau Malaya akhirnya berlaku menjelang pertemuan dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) esok apabila penonton dibenarkan memasuki stadium sepanjang kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai.

Memetik portal nationalnews.com, Persatuan Bola Sepak UAE (UAE FA) menerima pengesahan itu selepas berbincang dengan Jawatankuasa Kecemasan, Krisis dan Pengurusan Bencana Kebangsaan serta Pasukan Krisis dan Pengurusan Bencana di Dubai.

Biarpun hanya 30 peratus penonton dibenarkan memasuki Stadium Zabeel untuk aksi menentang Malaysia, namun dengan kapasiti stadium yang kecil iaitu 8,500 orang, kehadiran 2,550 penonton sudah cukup untuk menaikkan semangat tuan rumah.

Penonton juga dibenarkan memasuki Stadium Al Maktoum untuk perlawanan lain tetapi kebenaran hanya diberikan kepada mereka yang sudah menerima suntikan penuh vaksin, selain perlu mengemukakan keputusan ujian PCR 48 jam sebelum perlawanan.

PEMAIN Harimau Malaya menjalani latihan di Dubai malam tadi dalam persiapan menghadapi UAE.

Setiausaha Agung UAE FA, Mohammed Hazzam Al Dhaheri berkata, perkembangan ini sudah pasti akan memberi suntikan motivasi terbesar buat skuad UAE yang akan bersaing pada kelayakan itu.

“Inilah masa yang dinantikan oleh penyokong dan penonton untuk berada di belakang pasukan kebangsaan. Semua pihak termasuklah pemain, pegawai teknikal dan FA mahukan ini berlaku. Mereka mahu penyokong kembali ke stadium.

“Kami mendapat permintaan pada setiap hari menerusi media sosial, emel dan telefon yang bertanyakan sama ada mereka boleh hadir untuk menyaksikan perlawanan ini.

“Dengan kejayaan Piala Presiden yang berjalan lancar tanpa sebarang isu, kami bersedia untuk mengalu-alukan kembali kehadiran penyokong dan kali ini bersama pasukan kebangsaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya