Berang kereta dipinjam tidak dijaga dengan elok, majikan bakar motosikal pekerja sendiri - Utusan Malaysia

Berang kereta dipinjam tidak dijaga dengan elok, majikan bakar motosikal pekerja sendiri

NOORZAINY MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TASEK GELUGOR: Berang kerana seorang pekerjanya tidak menjaga dengan elok kereta yang dipinjamkannya, seorang majikan di sini bertindak keterlaluan dengan membakar motosikal pekerjanya itu. 

Bagaimanapun, perbuatan khianat pengusaha kilang memproses ayam berusia 40 tahun itu menerima balasan selepas dia ditahan polis kira-kira pukul 1 petang semalam. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, dalam kejadian pukul 6 petang Selasa lalu itu, suspek bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan pekerjanya berusia 35 tahun tersebut. 

Kata beliau, suspek pada mulanya meminjamkan kereta kepada pekerjanya itu pada Isnin lalu yang mahu berjumpa kawannya di Kubang Menerong, dekat sini. 

Bagaimanapun jelas beliau, pekerjanya itu mendakwa kereta tersebut kehabisan minyak dan meninggalkannya di tepi jalan. 

“Keesokannya, pekerja dan majikannya itu pergi untuk mengambil semula kereta tersebut namun masih tidak dapat dihidupkan walaupun diisi minyak. 

“Akibatnya, suspek yang berang ke tempat letak kenderaan di kilang memproses ayam tempat mereka bekerja dan membakar motosikal pekerjanya sehingga tinggal rangka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Menurut Noorzainy, kejadian itu disedari mangsa selepas majikannya itu menghantar gambar motosikal tersebut yang sedang terbakar kepadanya lalu membuat laporan polis. 

“Kejadian itu turut disaksikan oleh ibu suspek dan jirannya, namun mereka gagal menahan suspek daripada bertindak sedemikian. 

“Siasatan mendapati motosikal itu ditinggalkan mangsa di tempatnya bekerja sejak minggu lalu kerana mengalami kerosakan,” katanya. 

Beliau berkata, siasatan turut mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan ujian saringan air kencing juga mendapati dia negatif dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya