Bendera putih: Netizen kecam kenyataan Nik Abduh - Utusan Malaysia

Bendera putih: Netizen kecam kenyataan Nik Abduh

Pengibaran bendera putih kini menimbulkan banyak tafsiran dan menjadi bualan dalam media sosial - SUMBER MEDIA SOSIAL- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA :  “Takkan nak angkat bendera Pas pula.”

Demikian antara kecaman netizen terhadap kenyataan Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang menyatakan rakyat tidak wajar diajar mengangkat kekalahan menghadapi ujian dengan mengangkat bendera putih.

“Bendera putih tu tanda mintak bantuan, bukan tanda kalah,” kata pemilik Facebook Amie Mustapha.

Selain itu, seorang lagi pengguna Twitter, @fahmibinhassan berkata, kempen itu tidak bermaksud angkat bendera mereka tidak berdoa.

“Angkat bendera putih tu minta tolong jiran-jiran. Usaha untuk bantu. Bukan maksud angkat bendera putih mereka tak angkat tangan untuk berdoa. Takkan lah benda macam ni pun @nikabduh nak mantikkan,” ciap beliau.

Malah seorang lagi pengguna Twitter @nmyasser menjelaskan kempen bendera putih itu adalah satu usaha dan tawakal.

“Memang Allah tempat kita memohon. Tiada lagi yang diatasnya, tetapi bendera yang diviralkan ini adalah usaha dan tawakkal. Tahukah YB ada jiran-jiran yang sedang tenat kalau tidak diuar-uarkan. Allah jadikan jiran-jiran dan YB-YB sebagai pengantara/khalifah untuk membantu,” katanya.


NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZTOP

Terdahulu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu berkata, rakyat tidak wajar diajar mengangkat kekalahan menghadapi ujian dengan mengangkat bendera putih sebaliknya mereka perlu mengangkat tangan untuk berdoa kepada tuhan.

(Baca di https://www.utusan.com.my/terkini/2021/06/angkat-tangan-berdoa-bukan-angkat-bendera-putih/ )

“Angkat tangan berdoa kepadanya. Itulah bendera kekuatan dan optimis dalam ujian kehidupan. Jangan angkat kekalahan menghadapi ujian dengan mengajar rakyat mengangkat bendera putih,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Beliau dipercayai merujuk kempen kibarkan bendera putih jika terputus bekalan makanan yang digerakan oleh orang ramai yang simpati terhadap nasib masyarakat terkesan pandemik Covid-19 dan sekatan penuh pergerakan (total lockdown). – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya