Belum muktamad campuran dua vaksin - Utusan Malaysia

Belum muktamad campuran dua vaksin

KHAIRY Jamaludin (tiga dari kiri) dan Ahmad Samsuri Mokhtar (kiri) melihat seorang warga emas menerima suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Stadium Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu,  hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Kerajaan belum memuktamadkan kaedah pemberian campuran dua vaksin atau heterologi membabitkan AstraZeneca dan Pfizer dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin berkata, ketika ini kajian masih dibuat berikutan langkah sama telah dilaksanakan di beberapa buah negara.

“Kita dibentangkan mengenai kaedah itu di Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV) dua minggu lalu, tetapi belum dimuktamadkan oleh jawatan kuasa kumpulan kerja teknikal,” katanya selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Stadium Gong Badak di sini, hari ini.

Yang hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar; Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak dan Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Nor Azimi Yunus.

Semalam, Khairy pada sesi webinar yang dihoskan oleh Oxford and Cambridge Society of Malaysia turut memaklumkan kerajaan sedang mempertimbang kaedah pemberian campuran dua vaksin berkenaan.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, bekalan vaksin Covid-19 ke Terengganu akan ditingkatkan kepada lebih 200,000 dos bermula bulan depan.

Katanya, perkembangan itu sekali gus bakal menyaksikan suntikan harian vaksin mencecah 12,000. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya