Belanja RM1,500 hasilkan mural tarik pelanggan - Utusan Malaysia

Belanja RM1,500 hasilkan mural tarik pelanggan

PELANGGAN yang mengambil pesanan tidak melepaskan peluang bergambar dengan mural secawan kopi di kedai Nusuk Cafe di Taman Chonang Jaya di Kuala Nerus. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Pasangan suami isteri membelanjakan kira-kira RM1,500 bagi menghasilkan mural di kafe milik mereka di Taman Chonang Jaya di sini dalam usaha menarik lebih ramai pelanggan.

Suziyana Yusof, 41, berkata, cetusan idea itu timbul bagi mempromosikan Nusuk Cafe yang diusahakan bersama suami, Ahmad Rizal Abdul Wahab, 41, terutama dalam mengharungi tempoh mencabar sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, penghasilan mural secawan kopi yang baharu disiapkan minggu lalu itu berjaya menarik perhatian ramai sekali gus meningkatkan jumlah pelanggan di samping jualan di kafenya.

“Apabila ada mural ini sekurang-kurangnya dapat menjadi daya penarik pelanggan untuk datang ke Nusuf Cafe ketika PKP dan mereka juga boleh bergambar selepas mengambil pesanan makanan atau minuman.

“Saya tidak sangka sambutan menggalakkan dan gambar-gambar yang dimuat naik di media sosial turut membantu membolehkan Nusuk Cafe lebih dikenali ramai,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Suziyana berkata, Nusuk Cafe yang menyediakan pelbagai jenis minuman kopi di samping makanan dan pencuci mulut kini membuka cawangan kedua di Pantai Batu Buruk.

Katanya, dia dan suami turut merancang untuk menambah lagi cawangan baharu selepas PKP berakhir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya