AMSTERDAM: Belanda akhirnya kembali ke pentas kejohanan utama bola sepak selepas tujuh tahun dengan melangkah ke saingan kalah mati selepas menewaskan Austria 2-0 dalam saingan Euro 2020.
Denzel Dumfries yang menjaringkan gol kemenangan ketika menewaskan Ukraine 3-2 berjaya meraih penalti yang disempurnakan Memphis Depay pada minit ke-11.
Pemain berusia 25 tahun yang beraksi bersama PSV Eindhoven itu kemudiannya meledak jaringan kemenangan ketika perlawanan berbaki 23 minit.
“Paling penting bukan aksi saya tetapi tiga mata buat pasukan.
“Kami mencipta banyak peluang dan kami layak untuk menang malam ini,” kata Dumfries.
Pertahanan Juventus, Matthijs de Ligt beraksi dalam kesebelasan utama dan membantu Belanda meraih keputusan tanpa bolos dalam perlawanan itu.
Kemenangan itu meletakkan Belanda selaku pendahulu Kumpulan C mengatasi Austria dan Ukraine yang akan bertemu Isnin ini bagi menetukan tempat kedua.-AFP