PETALING JAYA: Nama Bunga Citra Lestari (BCL), isteri arwah Ashraf Sinclair masih kekal dalam ingatan peminat di negara ini.
Rata-rata peminat seni terus dahaga perkembangan mengenai wanita cantik itu selepas pemergian suaminya seorang rakyat Malaysia.
Dua hari lalu, Kompas.com melaporkan, terbaharu BCL mengumumkan dirinya terkena jangkitan Covid-19 menerusi Instagramnya.
BCL memberitahu, kejadian berlaku selepas dia dan anaknya, Noah Sinclair, 11, pulang bercuti dari Bali.
“Isolation Day 3. So far, ada symptoms (gejala) batuk, tenggorokan sakit, napas terasa agak pendek dan sometimes demam,” tulis BCL seperti dilaporkan portal tersebut.
Bulan lalu pula, banyak portal lain menyebut, BCL kini dikhabarkan rapat dengan penyanyi popular Ariel Noah.
Gossip itu, tersebar selepas terbitnya gambar BCL memeluk dari belakang Ariel. Walaupun gambar tersebut adalah bagi adegan video muzik berjudul Mencari Cinta membabitkan projek pasangan itu tetapi ramai yang mengandaikan Ariel dan BCL ada hubungan istimewa.
Malah semasa pemergian Ashraf pada 18 Februari 2020, Ariel juga kelihatan menjadi salah seorang penenang BCL. Gambar Ariel menenang BCL dan anak arwah Ashraf turut tersebar ketika itu.
Sejak gosip tersebut, Ariel dan BCL belum membuat apa-apa maklum balas.
BCL berkahwin dengan Ashraf pada 8 November 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki.
Ashraf meninggal dunia di kediaman mereka pada 18 Februari 2020. – UTUSAN