Bawa anak edar dadah di taman permainan, suspek lelaki ditahan

Bawa anak edar dadah, suspek lelaki ditahan

LELAKI yang ditahan kerana memiliki dadah jenis heroin dan syabu di kawasan taman permainan Taman Koperasi, bandar Jerantut, Pahang. - IHSAN POLIS DAERAH JERANTUT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Polis berjaya menahan seorang lelaki Melayu berusia 45 tahun kerana disyaki memiliki dadah jenis heroin dan syabu di kawasan taman permainan Taman Koperasi, bandar Jerantut hari ini.

Polis yang menjalankan Op Tapis menahan lelaki berkenaan kira-kira pukul 10 pagi dan ketika ditahan, suspek membawa bersama seorang anak perempuan berusia tiga tahun cuba mengaburi pihak polis tentang aktiviti pengedaran dadah di situ. 

Ketua Polis Jerantut, Superintenden Mazlan Hassan berkata, suspek ditahan setelah polis menemui dadah jenis heroin seberat 2.32 gram dan syabu seberat 1.16 gram yang dianggarkan bernilai RM500 ketika pemeriksaan pada tubuh lelaki berkenaan.  

“Polis menahan suspek dan merampas dua jenis dadah itu dan pada masa yang sama suspek membawa bersama seorang anak perempuan berusia tiga tahun.

“Ketika disiasat suspek mengaku dadah berkenan adalah miliknya dan kemungkinan akan diedar kepada penagih lain,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mazlan, siasatan juga mendapati suspek mempunyai dua rekod kesalahan lampau di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Suspek yang bekerja di sebuah kilang papan di sini memulakan aktiviti pengedaran dadah di sekitar Jerantut sejak 3 bulan lalu,” ujarnya.

Katanya, polis akan meneruskan Op Tapis di daerah ini bagi mengesan dan menangkap pengedar dan penagih dadah di sini khususnya di tanah rancangan Felda, kampung tradisional dan kawasan perumahan bandar.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat jenayah diminta menyalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sni menerusi talian 09 2662222 sambungan 162,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya