Barbora muncul juara Roland Garros - Utusan Malaysia

Barbora muncul juara Roland Garros

BARBORA Krejcikova menjulang trofi Terbuka Perancis selepas menewaskan pemain Rusia, Anastasia Pavlyuchenkova.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS : Barbora Krejcikova mencipta sejarah tersendiri apabila memenangi gelaran perseorangan Grand Slam pertamanya di Terbuka Perancis, sebentar tadi.

Malah, pemain dari Republik Czech muncul pemain wanita pertama negara itu merangkul kejuaraan Roland Garros dalam tempoh 40 tahun.

Berada dikedudukan ranking ke-33 dunia, Krejcikova menang 6-1, 2-6, 6-4 ke atas pemain Rusia, Anastasia Pavlyuchenkova.

Pemain berusia 25 tahun itu menyamai rekod rakan senegaranya, Hana Mandlikova yang meraih trofi di Paris pada tahun 1981.

Krejcikova turut mendedikasikan kemenangan itu kepada mentornya iaitu bekas juara Wimbledon, Jana Novotna yang telah meninggal dunia akibat barah pada usia 49 tahun pada tahun 2017.

“Sukar untuk diungkapkan. Saya tidak percaya saya baru memenangi Grand Slam.

“Saya menghabiskan banyak masa dengan Jana sebelum dia meninggal. Kata-kata terakhirnya kepada saya adalah menikmati tenis dan mencuba untuk memenangi Grand Slam.

“Saya tahu dia menjaga saya dan semua ini adalah untuk dia. Dia sangat memberi inspirasi, saya sangat merindukannya,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya