Bantuan khas Taska RM3,000; RM1,000 kepada pengusaha kantin - Utusan Malaysia

Bantuan khas Taska RM3,000; RM1,000 kepada pengusaha kantin

PEMBERIAN bantuan diharap dapat digunakan antaranya untuk keperluan sanitasi dan pembelian peralatan nyahkuman bagi memastikan kebersihan dan keselamatan anak-anak yang ditempatkan di pusat asuhan dan tadika. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan memberikan Bantuan Khas Taska berjumlah RM3,000 kepada lebih 4,400 pengusaha taska seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta lebih 8,000 pengusaha tadika swasta seliaan Kementerian Pendidikan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia sebagai mendengar banyak permintaan supaya bantuan kewangan diberikan kepada pusat asuhan anak-anak dan tadika pada tahun lepas dapat diperkenalkan semula.

“Diharapkan dengan pemberian bantuan ini, ia dapatlah digunakan antaranya untuk keperluan sanitasi dan pembelian peralatan nyahkuman bagi memastikan kebersihan dan keselamatan anak-anak yang ditempatkan di pusat asuhan dan tadika,” katanya dalam perutusan khas pengumuman bantuan itu, hari ini.

Muhyiddin turut mengumumkan bantuan kewangan sebanyak RM1,000 diberikan kepada semua pengusaha kantin berdaftar sebagai mendengar suara pengusaha kantin di sekolah yang masih ditutup dan menyebabkan mereka hilang mata pencarian.

“Kerajaan juga sedar bahawa pengusaha industri sukan dan operator arena sukan seperti gym, bowling, futsal dan sebagainya turut terkesan dan mereka hanya boleh beroperasi semula seawal fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) nanti.

“Sehubungan itu, kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan one-off sebanyak RM3,000 kepada mereka,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya