Bacaan Yasin, doa kesejahteraan negara malam ini - Utusan Malaysia

Bacaan Yasin, doa kesejahteraan negara malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengajak seluruh umat Islam bersama-sama membaca Yasin dan berdoa bagi kesejahteraan negara.

Majlis bacaan surah itu dimulakan sebelum rancangan Forum Perdana Ehwal Islam bersiaran pada pukul 9.00 malam ini di saluran TV1.

Ketua Unit Komunikasi Korporat Jakim, Zakaria Othman berkata, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam kali ini membincangkan tajuk ‘Covid Itu Benar’ dengan menampilkan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hishamshah Mohd Ibrahim dan Timbalan Rektor, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Prof. Madya Dr. Mohd Farid Ravid Abdullah.

Menurut beliau, rancangan itu akan dimulakan dengan bacaan surah Yasin dipimpin Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd. Hosni.

“Semoga usaha berterusan ini akan mendapat rahmat daripada Allah serta dikurniakan kesejahteraan buat negara khususnya dalam keadaan wabak Covid-19 yang sedang melanda,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya