Aset keselamatan negara perlu lebih maju - Pejuang

Aset keselamatan negara perlu lebih maju 

ULYA AQAMAH HUSAMUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan perlu merangka pelan perolehan aset keselamatan negara yang lebih komprehensif dan maju bagi memastikan negara mempunyai aset pertahanan terbaik dan mampu mempertahankan negara tanpa ragu. 

Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Ulya Aqamah Husamudin berkata, Kementerian Luar dan Kementerian Pertahanan juga harus mengeluarkan amaran khusus kepada China supaya isu pencerobohan ruang udara negara tidak berulang pada masa akan datang. 

“Pejuang mendesak kerajaan untuk memberi amaran kepada China dan negara lain yang berani menceroboh ruang udara agar kejadian seperti ini tidak berlaku lagi. 

“Ini amat penting bagi menunjukkan ketegasan dan keberanian kerajaan mempertahankan tanah air. Jangan sesekali membenarkan kedaulatan negara dicabar dan diperkotak-katikkan oleh luar. Ini negara kita,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Ulya Aqamah turut mempersoalkan kebersediaan sistem pertahanan negara dilihat masih kurang jelas yang memungkinkan kejadian sama akan berulang pada masa akan datang. 

“Apakah kesiapsiagaan kerajaan andai perkara ini berlaku lagi sedangkan pesawat yang kita hantar bagi memintas hanya sekadar pesawat Hawk yang jelas tidak secanggih pesawat China? Apakah strategi perolehan negara bagi memastikan aset pesawat kita lebih bersedia bagi ancaman masa hadapan?” soalnya. 

Semalam, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memintas 16 pesawat tentera China yang terbang di ruang udara Zon Maritim Malaysia di Wilayah Maklumat Penerbangan Kota Kinabalu (FIR Kota Kinabalu) di tengah sambutan Ulang Tahun TUDM ke-63 yang disambut hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya