Artis ke kayangan yang dimaksudkan? Kami pun tak nak suami balik bawa virus - Isteri Atu

Artis ke kayangan yang dimaksudkan? Kami pun tak nak suami balik bawa virus – Isteri Atu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bukan muda untuk para isteri artis untuk melepaskan mereka pergi kerja terutama lokasi penggambaran ekoran risiko tinggi Covid-19 sekarang ini.

Itu luahan isteri pelawak Atu, Shafeeqa Johari ekoran pelbagai kritikan terhadapan golongan artis termasuk digelar golongan kayangan.

Katanya, setiap hari mereka pertaruhkan nyawa anak-anak demi rezeki.

Menurutnya, bukan semua artis pendapatan berjuta setahun.

“Ingat mudah ke kami sebagai isteri nak lepaskan suami (artis) pergi kerja dengan risiko tinggi Covud-19 di tempat pengambaran?

“Kami pertaruhkan nyawa anak-anak kami demi rezeki. Cukup-cukup lah… Artis ni tak semua pendapatan mereka berjuta setahun.

“Laki aku lebihkan kualiti bukan kuantiti. Dia seorang yang fokus dengan satu kerja. Jadi selalunya tak ambil banyak kerja.

“Aku fikirkan risiko dia bawa balik kerumah. Bila banyak tempat kerja dia pergi, lagi ramai dia jumpa. Jangan tamak tapi biar berbaloi dangan kudrat kita, itu Atu selalu pesan,” kata Shafeeqah.

Katanya, apakah yang artis buat semua tak betul? Adakah kayangan yg dimaksudkan itu adalah artis?

“Kami pun tak nak suami saya balik bawak virus. Saya sendiri banyak ambil langkah berjaga-jaga,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya