PETALING JAYA: Penyanyi terkenal, Lan Solo, dikenakan tindakan saman sekali lagi oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) terhadap premis perniagaannya yang mendakwa mengganggu lalu lintas.
Menerusi perkongsian di entri Instagram Lan, pihak penguatkuasa berkenaan telah menerima aduan daripada individu yang didakwa memang hanya berada di kawasan sekitar itu juga.
Dalam video perkongsian tersebut, dia meluahkan rasa kecewa kerana menerima saman itu dalam keadaan keuntungan jualannya yang tidak menentu semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
“Aku kene saman lagi, korang mengadu lagi, aduh. Katanya menghalang lalu lintas jalan raya. Orang yang mengadu itu pun mereka yang berada di sekitar ini sahaja. Pagi buta sesak tang mana?
“Apa masalah kau sebenarnya? Aku cari makan je pun. Dah lah musim PKP, jualan pun tidak menentu. Kalau kau tak puas hati dengan aku, bagi tahu sahaja.
“Tidak perlu nak mengadu kepada majlis perbandaran sampai menyusahkan mereka datang ke sini untuk keluarkan saman. Aku rasa dah berapa kali kena macam ini, kau puas hati kan?” luahnya.