Anjing liar: MPPD minta kontraktor buat pemantauan, rondaan

Anjing liar: MPPD minta kontraktor buat pemantauan, rondaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) akan memantau kawasan perumahan khususnya di Bandar Springhill susulan aduan kehadiran anjing liar yang berkeliaran di kawasan tersebut.

Yang Dipertua MPPD, Zamri Mohd. Esa berkata, bagi mengelakkan insiden tidak diingini, pihaknya telah mengarahkan pihak kontraktor yang dilantik untuk menjalankan rondaan di kawasan aduan.

“MPPD menerima banyak aduan berkaitan anjing liar berkeliaran di taman perumahan dan kawasan awam di Port Dickson khususnya di Bandar Springhill.

“Kami telah mengarahkan pihak kontraktor yang dilantik untuk memantau dan menjalankan rondaan di kawasan-kawasan yang menerima banyak aduan berkaitan isu anjing liar ini. Ia bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku dan mendatangkan ancaman kepada penduduk setempat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia baru-baru ini mendapati terdapat banyak anjing liar yang berkumpul di kawasan premis bangunan kedai di Bandar Springhill sehingga mendatangkan kegusaran kepada orang ramai.

Dalam pada itu, menurut Zamri, operasi penangkapan anjing liar buat masa ini ditangguhkan sementara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ia akan diteruskan setelah tempoh PKP berakhir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya