Andaikan dua tahun terperam- Sarah Suhairi - Utusan Malaysia

Andaikan dua tahun terperam- Sarah Suhairi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Sarah Suhairi, berasa lega apabila akhirnya lagu baharu, Andaikan dilancarkan selepas terpilih menjadi runut bunyi drama Hatimu Sedingin Salju (HSS) setelah dua tahun tersimpan.

Menurut Sarah, single berentak balada itu tetap akan dilancarkan jika tidak dijadikan sebagai runut bunyi bagi sesebuah drama rantaian di televisyenm cuma belum tentu bila masanya.

“Alhamdulillah bila dah terpilih itu kita kena keluarkan juga. Misalan tak dapat dijadikan runut bunyi mungkin masih dalam perangkaan mencari masa yang sesuai untuk dilancarkan.

“Ada beberapa lagu lain dihantar sama kepada pihak TV cuma mungkin lagu Andaikan ini sesuai dari segi lirik dan melodi untuk drama HSS.

“Tidak dinafikan pembabitan lagu menerusi drama dapat membantu untuk mempromosikan lagu. Tapi tidaklah bermaksud semua lagu-lagu yang ada perlu dijadikan runut bunyi. Setiap lagu itu ada keistimewaannya tersendiri,” ujarnya ketika sesi sidang media secara maya.

Bercakap fasal penghayatan lagu, penyanyi remaja itu berkata, dia menonton drama Korea (K-Drama) untuk menyuntik penjiwaan kecewa dalam lagu tersebut.

Andaikan ini menceritakan tentang hubungan percintaan pasangan yang mengharungi hidup bersama namun musnah di pertengahan jalan.

“Jujurnya saya memang tiada pengalaman sebegitu. Jadi saya cuma menonton K-Drama saja, sebab karya mereka banyak memaparkan hubungan yang patah hati. Oleh itu, saya bawa perasaan yang seakan-akan ini ke dalam Andaikan,” katanya.

Untuk rekod, Andaikan adalah sebuah hasil ciptaan komposer terkemuka, Sharon Paul dan lirik daripada Shah Shamshiri. Lagu itu telah siap dirakamkan sejak tahun 2019 dan kini boleh didengari menerusi semua penstriman muzik digital.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya