Ancaman siber perlu ditangani bersama, jadi satu keutamaan semua negara - Utusan Malaysia

Ancaman siber perlu ditangani bersama, jadi satu keutamaan semua negara

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ancaman siber yang kini semakin berkembang dan lebih canggih perlu ditangani secara bersama.

Sehubungan itu Perdana Menteri menegaskan keselamatan siber perlu menjadi keutamaan semua negara terutama membabitkan hal keselamatan dan ekonomi.

Katanya, walaupun jumlah kerugian dalam tempoh tiga tahun semakin menurun, kes berkaitan ancaman siber menunjukkan peningkatan dan ini sekali gus menjadi bukti jenayah dalam aspek berkenaan memerlukan perhatian serius.

“Ancaman menunjukkan berlakunya peningkatan. Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2019, jumlah jenayah siber yang dilaporkan adalah 11,875 kes, dengan kerugian membabitkan RM498 juta. Tahun lalu, jumlah kes meningkat kepada 14,229, dengan jumlah kerugian RM413 juta manakala suku pertama tahun ini, jumlah kes yang dilaporkan adalah 4,327 dan kerugian yang terlibat adalah RM77 juta.

“Pada 2019, jumlah serangan siber yang dilaporkan berjumlah 3,787 dan tahun lalu, kejadian dilaporkan meningkat sehingga 10 peratus iaitu 4,194. Bagi tahun ini dijangka berlaku peningkatan. Ini dapat dilihat pada suku tahun pertama sahaja sebanyak 1,300 kes serangan siber dilaporkan,” katanya dalam ucapan perasmian Pameran Keselamatan Pertahanan dan Keselamatan Siber 2021 (Cydes 2021) di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya