Amang seksual: Usahawan kosmetik, rakan sambung reman hingga Selasa - Utusan Malaysia

Amang seksual: Usahawan kosmetik, rakan sambung reman hingga Selasa

TEMPOH tahanan reman usahawan kosmetik sejak Jumaat lalu disambung dua hari lagi sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan berhubung rakaman ‘live’ yang didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap dua kanak-kanak lelaki di bawah umur. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Usahawan kosmetik dan rakannya yang didakwa membuat komunikasi lucah dan amang seksual dengan kanak-kanak bawah umur disambung reman dua hari. 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, perintah reman yang tamat hari ini dilanjutkan sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan. 

Jumaat lalu, pemilik akaun Instagram, @safieyilias94 dan @pipinatasha direman tiga hari di Mahkamah Majistret Bangi.

Perintah itu dikeluarkan Hakim Effandi Nazila Abdullah.

Terdahulu, Mohd. Zaid memaklumkan kedua-dua lelaki berusia 20-an itu ditahan pada malam Khamis lalu. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 12 dan 15 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya. 

Ini susulan laporan polis diterima pihaknya berhubung live di Instagram kedua-dua individu itu yang didakwa melakukan amang seksual dengan dua kanak-kanak.

Selain itu, mereka berpakaian mencolok mata serta menunjukkan aksi penggunaan vape (rokok elektrik) kepada kanak-kanak berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya