TEHRAN: Legenda bola sepak Iran, Ali Daei bersedia untuk melihat Cristiano Ronaldo memecahkan rekod penjaring terbanyak antarabangsa miliknya dalam saingan Euro 2020.
Dia yang dikenali dengan julukan Shariar menjaringkan 109 gol daripada 149 penampilan bersama Iran antara 1993 hingga 2006.
Bagaimanapun, Ronaldo berjaya menghampiri rekod itu dengan 106 gol dalam 176 penampilan termasuk dua jaringan ketika Portugal menang 3-0 ke atas Hungary.
Daei mengakui sangat gembira hika Ronaldo dapat memecahkan rekod itu dan dia percaya Ronaldo merupakan penyerang terbaik bersama Lionel Messi dan Diego Maradona.
“Rekod dicipta adalah untuk dipecahkan.
“Ronaldo ada kualiti untuk memecahkan rekod ini. Saya sangat menghormatinya. Dia merupakan pemain yang hebat,” katanya.-AFP