Aku pun rindu nak jadi Azhan Rani balik – Azhan Rani - Utusan Malaysia

Aku pun rindu nak jadi Azhan Rani balik – Azhan Rani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon terkenal, Azhan Rani, tampil menjawab berkenaan dengan imej berambut perang apabila segelintir warganet agak kurang senang melihat penampilannya itu.

Menerusi perkongsian di entri Instagram, Azhan menjelaskan dia mewarnakan rambut kerana perlu memenuhi kriteria watak sebagai Alwi dalam drama Keluarga Untuk Disewa.

Dikenali sebagai pelakon yang menjiwai watak, pemberian setiap karakter kepadanya pasti perlu dilaksanakan dengan baik.

“Faham sahaja ada yang meluat dengan rambut rumput mati ini. Tapi percayalah aku sendiri pun 20 kali rimas nak menghadap rambut ni. Aku pun rindu nak jadi Azhan Rani semula.

“Cuma sekarang, aku kena jadi Alwi dulu. Rambut ini tanggungjawab aku untuk drama #keluargauntukdisewa masih dalam pengambaran. Ada 50 peratus lagi tak selesai, kira-kira sebulan lagi kalau dibenarkan sambung nanti.

“Sebagai pelakon, tugas kacakkan atau burukkan penampilan diri adalah bergantung pada watak yang aku bawa. Bukan bergantung sedap mata kau nak memandang bakal lelaki yang korang idam-idamkan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Azhan meminta maaf kepada pengikutnya yang tidak dapat bersabar dan kurang senang dengan penampilannya itu agar tidak mengikutnya buat seketika ini di Instagram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya