COPENHAGEN: Denmark akan berdepan Belgium dalam saingan Euro 2020 dengan insiden yang menimpa Christian Eriksen masih segar dalam memori setiap pemain.
Lima hari selepas Eriksen memerlukan bantuan kecemasan bagi ‘menghidupkan’ semula dirinya di Copenhagen, Denmark akan berdepan pendahulu Kumpulan B.
“Keadaan akan menjadi sungguh emosi apabila kembali ke Parken, kami menjagkakan sokongan hebat daripada penyokong.
“Kami bersedia untuk beraksi sebaik mungkin,” kata pengendali Denmark, Kasper Hjulmand.
Denmark akan bertafakur selama seminit pada minit ke-10 bagi memberi sokongan kepada Eriksen.
“Christian akan sentiasa berada di dalam hati kami semasa pertemuan menentang Belgium.
“Kami akan fokus kepada perlawanan dan bermain untuk Christian dan seluruh rakyat Denmark,” kata kapten Denmark, Simon Kjaer.-AFP