Aksem rampas ketum 500 kilogram, seorang ditahan - Utusan Malaysia

Aksem rampas ketum 500 kilogram, seorang ditahan

AKSEM Kuala Perlis merampas 500 kilogram daun ketum di sebuah rumah di Kampung Sungai Baru Tengah, Sanglang, Simpang Ampat, Arau Perlis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (Aksem) menahan seorang lelaki yang cuba melarikan diri menggunakan pintu belakang rumahnya dalam serbuan di Kampung Sungai Baru Tengah, Sanglang, Simpang Ampat di sini pagi tadi.

Dalam serbuan itu, pihak berkuasa menemukan kira-kira 500 kilogram daun ketum dianggarkan bernilai RM15,000 di ruang tamu rumah lelaki berusia 40 tahun itu.

Komander Aksem negeri, Deputi Superintenden Azizan Saman berkata, pihaknya bersama anggota risikan Polis Marin menyerbu rumah terbabit kira-kira pukul 2 pagi selepas menerima maklumat berkaitan ketum.

“Kita dapati seorang lelaki warga tempatan berusia 40 tahun itu cuba melarikan diri melalui pintu belakang rumah namun dikejar dan ditangkap oleh anggota pihak berkuasa.

“Pemeriksaan tubuh badan dibuat ke atas suspek dan didapati terdapat kecederaan di kaki sebelah kiri.

“Anggota kita kemudian memeriksa rumah dan menemukan 50 beg plastik hitam seberat 500 kilogram mengandungi daun hijau disyaki ketum bernilai kira-kira RM15,000 di ruang tamu rumah tersebut.

“Suspek ditangkap dan kita merampas bungkusan hitam tersebut serta dibawa balik ke Aksem Kuala Perlis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini.

Tambahnya, barang rampasan tersebut kemudian diserahkan kepada cawangan Narkotik Kangar untuk tindakan seterusnya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya