Akauntan kerugian RM104,000 terpedaya menang wang peraduan

Akauntan kerugian RM104,000 terpedaya menang wang peraduan

AIBEE AB. GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang akauntan berdepan kebimbangan risiko kerugian sebanyak RM104,000 wang apabila dua kad kreditnya digunakan seorang individu untuk membeli-belah menerusi Shopee.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintenden Aibee Ab. Ghani berkata, kira-kira pukul 2 petang kelmarin, mangsa yang berusia 39 tahun telah menerima pesanan Facebook daripada pengguna akaun, Irene Wee yang memaklumkan mangsa memenangi sejumlah wang peraduan.

Menurutnya, penyamar itu kemudiannya memberikan nombor telefonnya iaitu bernombor 019-9109136 dan memaklumkan bahawa mangsa telah mememangi wang sebanyak SGD1,150

“Penyamar telah bertanya mangsa sama ada mempunyai kad kredit dan meminta nombor kad kredit mangsa serta butiran kad bagi urusan menerima wang tersebut. 

“Mangsa telah memberi nombor dan butiran dua kad kreditnya kepada penyamar dan mangsa telah diarahkan untuk menghantar mesej kata laluan sekali guna (OTP) kepada penyamar berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aibee berkata, mangsa kemudian mendapati terdapat transaksi sebanyak RM7,000 melalui kad kredit miliknya bagi urusan pembelian di Shopee. 

Menurutnya, penyamar telah melakukan beberapa transaksi pembelian di Shopee menggunakan kad kredit milik mangsa sehingga mencapai RM70,00 dan RM34,000 bagi kedua-dua kad kredit tersebut.

“Semalam, kira-kira pukul 10.36 pagi, mangsa telah cuba menghubungi penyamar berkenaan tetapi tidak berjaya dan menyedari dia telah menjadi mangsa penipuan lalu membuat laporan polis.

“Mangsa telah menghubungi pihak bank berkaitan kes ini dan dimaklumkan kesemua transaksi tersebut masih ‘floating’ dan pihak bank masih tidak dapat mengeluarkan penyata dan jumlah kerugian bagi transaksi tersebut,” katanya.

Tambah beliau, terdapat juga transaksi yang tidak berjaya kerana melebihi had limit transaksi harian mangsa. 

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya