Akaun media sosial Jasmin Hamid dilabel kotor - Utusan Malaysia

Akaun media sosial Jasmin Hamid dilabel kotor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Akaun media sosial pelakon Jasmin Hamid dilabelkan sebagai kotor ekoran beliau sering menggunakannya untuk memperomosikan drama.

Jasmin yang kecewa dengan tuduhan itu berkata dia menggunakan platform media sosialnya untuk mempromosikan drama-drama terutama yang dilakonkannya.

“Saya tak punya apa-apa.. Kalau ada pun, saya tak akan pamerkan harta dunia. Saya cuma nak pamerkan kerja-kerja saya sebagai pelakon dan kadangkala isu semasa sebagai rakyat Malaysia,” katanya dalam hantaran di Instagram.

Katanya, artis antarabangsa yang mempunyai ratusan juta pengikut juga melakukan perkara yang sama mempromosikan drama dan filem mereka di media sosial.

“Kita ni cuma artis Malaysia, celah gigi diaorang je kot… Jadi, tak perlu nak mendabik dada dengan kemasyhuran yang Allah pinjamkan tu, Penerbit  dan stesen televisyen minta tolong promosikan drama lakonan sendiri pun, ada yang berkira. Lagi pun kemudahan ada di hujung jari, jadi gunakanlah dengan bijak,” katanya.

Katanya, walaupun pengikut di sosial medinya tidak sampai berjuta orang, tetapi dia tetap syanag dan hargai pengikutnya dan sebab itu juga dia kongsikan drama-drama lakonannya selain  isu semasa.

“Penyokong saya lah yang kuatkan semangat saya untuk terus berjuang dalam dunia seni. Adakalanya saya tolong promosikan drama dan filem sahabat-sahabat saya.

“Moga perkara-perkara baik yang saya kongsi dengan pengikut saya dan dijadikan amalan, Allah akan berikan ganjaran buat saya.

“Kalau tak suka dengan apa yang saya kongsi, berhenti ikuti atau abaikan saya… Itu lebih baik.

“Hidup ni macam roda berputar..

“Kita tidak akan sentiasa berada di atas. Hendaknya pada mereka yang lupa bersyukur dengan nikmat dan rezeki Allah.

“Allah boleh beri dan tarik nikmatNya pada bila-bila masa,” katanya.

Katanya, lainlah dengan orang lain yang ada pengikut berjuta-juta, ada kereta dan rumah mewah, tawaran kerja banyak, maka eloklah mereka pos dan uar-uarkan di media sosial mereka.’

” Itu hak kamu! Jangan khuatir sebab saya tak akan kotorkan media sosial kamu dengan gambar saya.

“Ambil gambar dengan saya pun tak perlu sebab gambar tu pun nanti cuma akan di pos masa hari mati saya dengan ucapan Al -Fatihah. Itupun kalau ada gambar saya la. Pos semula pun tak perlu. Nanti kotor pulak media sosial kamu yang cantik tu.

“Saya cuma semut merah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya