Ahmad Zahid tiba di Istana Negara - Utusan Malaysia

Ahmad Zahid tiba di Istana Negara

AHMAD Zahid Hamidi hadir ke Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tiba di Istana Negara hari ini bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk dilihat tiba di pekarangan Pintu 2 Istana Negara pada pukul 9.55 pagi dengan menaiki sebuah kereta jenis Velfire.

Beliau adalah pemimpin parti politik yang dijemput hadir ke Istana Negara sebelum ini. Selain beliau, pemimpin dijangka menghadap Seri Paduka hari ini adalah Presiden MIC, Tan Sri S A Vickneswaran dan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili.

Pemimpin parti-parti politik dilapor dijemput ke Istana Negara bermula kelmarin bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong dipercayai bagi membincangkan hal berkaitan kepemimpinan kerajaan dan politik semasa.

Sebelum ini, tular berita mengenai jemputan daripada Istana Negara kepada pemimpin-pemimpin politik untuk menghadap Seri Paduka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya